hmmm...bangun2 solat..lps tu mandi.....then..gi tgk mhi....mhi ni best juga rupanya....walaupun kekdg tu nmpk mcm membosankan, sebenarnya tidak...banyak informasi yang kita boleh ketahui jika kita dapat tengok mhi ni...hmm...rugilah sapa yang tido balik lepas subuh tu...mmg btollah cakap ustaz aku...lepas subuh, tak elok tido balik,..sbb byk pintu rezeki terbuka pada waktu pagi...
hmm..pastu gi keje....keje mcm biasa..sebagai sales assistant..semestinya sampai di tempat kerja lebih awal sebelum pasaraya dibuka.....dan keadaan pasaraya pada pagi itu, memang rasa macam pasaraya tu kita yang punya!
cakap pasal kerja, rasa macam sedih pula aku nak berhenti ni..tapi nak wat camne, i've to go for my own sake and everyone at g**nt...takkan aku nak kerja di situ untuk selamanya dan untuk tempoh yang lama?
cuba bayangkan, spm tamat pada 30 november...aku yang kebetulan menginap di asrama yang berada di luar negeri asalku pulang ke rumah pada 1 disember...memang sudah termasuk dalam rancangan selepas spm, aku ingin mencari pekerjaan sementara....hmm...memandangkan aku tak dapat plkn, so, bekerja adalah salah satu aktiviti yang menarik dan menguntungkan buatku....mula2 minta kerja di pasaraya tulah...tapi minta cashier..2 hari kemudian, hr memberitahu bahawa tiada kekosongan untuk cashier, namun ada kekosongan untuk s.a di bahagian l**s*r*w*r*...hmm..aku pon tros mengatakan ya....daripada tak dapat langsung, sekurang-kurangnya adalah kerja.....
pada 7 disember, aku mula bekerja......hmmm...dalam tempoh seminggu, aku dah teruskan agenda aku lepas spm.......mula-mula bekerja memang rasa best...namun tidak kuketahui ada pelbagai krisis yang sebenarnya berlaku dalam kalangan pekerja di situ..tidak perlulah kuceritakan semuanya..
ingin ku bertanya di sini, .'ADAKAH SALAH UNTUK SESEORANG ITU SENYUM APABILA BERJUMPA DENGAN SESEORANG???'
senyum pon salah ke??? |
...sebab aku bertanya..kerana ada seorang akak di tempat kejeku,menegur..'dia ni asyik senyum je..tak payah nak senyumlah..' haisy, senyum pun marah ,,pehal minah ni!!!mita maaflah..darah orang muda mmg selalu panas, cepat sangat naik angin!daripada tak de pape perasaan kat dia, aku telah menyimpan kenangan pahit pasal dia dalam hidupku...aku pon meluahkan rasa tak puas hati kepada ibuku...emaku yang mendengar berkata...'orang macam tu kau kena hati2....' hmm..eden tak tahulah nak kata apa..tapi kalau dah orang tua cakap macam tu, ada betulnya juga kadang2 tu...
ok..enough about her....now let's back to the real topic....(walaupun takde topik sangat pun sebenarnya)
hmm......buatlah keje ku seperti biasa... macam mana agaknya jadi orang yang keje tak ikut cakap bos? ...jangan tanya kenapa saya ajukan soalan tu...kerana benda ni terjadi di depan mata saya....pada pendapat saya...kalau dah jadi orang bawah tu, ikutlah cakap bos......tak salah kalau kita menghormati orang yang lebih berpangkat daripada kita..walaupun dia dah ada buat salah dengan kita, tapi kalau orang tu dah minta maaf, tak salahkan kalau nak lupakan seketika apa yang dah berlaku dulu?sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pula kita manusia biasa..kita ni hidup bukan selamanya.. hanya sementara...
ada betul tak??? |
No comments:
Post a Comment
suara anda?